Monday, February 23, 2015

Anugerah Meletop Era 2015

Hai whats up uolls! Haa ni nak cerita la pasal anugerah meletop semalam memang meletop habis la kan rugi la siapa yang tak tengok tu hee :D 
Ni haa meh sini nak bisik. Kalau korang nak tahu Johan ( rajalawak ) dan Ayda Jebat yang ungguli meletop era pada tahun ni. Tahniah kepada mereka berdua serta juga artis-artis lain yang menang pada malam tersebut. 
Mohammad Yazid Lim atau lebih popular dikenali sebagai Johan ternyata masih berbisa dengan memenangi empat kategori di kemuncak Anugerah Meletop Era (AME) 2015. 
Ayda Jebat pula memenangi beberapa kategori yang temasuk artis baru popular di AME 2015. 
Pada tahun ini pengacara AME 2015 melibatkan Neelofa , Nabil , Jozan dan Ac Mizal. Memang pecah pertu la malam tu dengan gelagat dorang je hahah. 
anugerah meletop era
anugerah meletop era

anugerah meletop era
Antara detik yang paling awesome bila part Erra Fazira masuk pentas AME dengan superbike dia. 

anugerah meletop era
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dengan Anugerah Meletop Era 2015. Good job guys! tahniah juga diucapkan kepada semua yang telah memenangi untuk kategori-kategori di AME 2015. Sekian saja. Bye! 

anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era

Saturday, February 14, 2015

Yana Samsudin dan Fadzil Zahari selamat bergelar suami isteri

Alhamdulillah akhirnya pasangan dua mempelai ni sudah selamat diijab kabulkan , tahniah untuk yana dan fadzil :) Mereka diijab kabulkan pada 13 Februari 2015 dan 
Majlis persepsi perkahwinan mereka dilangsungkan pada 14 Februari 2015. Ia diadakan secara besar-besaran di Dataran Gemilang, Yong Peng dan pasangan ini memilih lokasi tersebut untuk berkongsi kegembiraan dengan para peminat. 
Fadzil Zahari dan Yana Samsudin selamat bergelar suami isteri hanya sekali lafaz sahaja.
Pihak lelaki telah menyediakan lima dulang hantaran mereka manakala pihak perempuan telah membalas tujuh dulang hantaran. Pihak lelaki telah meyediakan mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000 sebagai pelengkap hantaran. 
Tahniah sekali lagi diucapkan untuk kedua mempelai ini , Yana Samsudin dan Fadzil Zahari semoga ikatan yang terbina ini sampai ke akhir hayat mereka. Insha Allah Amin:)
Di bawah ni saya ada selitkan beberapa foto mereka. enjoy yaa! 







Saturday, February 7, 2015

Zero dinobatkan juara Maharajalawak mega 2014

Menang RM500,000 Zero Mahu Bawa Emak Ke Umrah - ROTIKAYA20150207_0296




Assalamualaikum semua! Korang mesti dah tengok kan Maharajalawak musim 2014 ni , mesti dah tahu juga kan siapa yang menang kan kan ? tipu la kalau tak tahu hee. okay la ni ada serba sedikit nak cerita pasal Zero ni.
Selepas tiga minggu bertanding , gelaran juara Maharajalawak mega 2014 (MLM 2014) jadi milik kumpulan zero apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro.
Zero juga sudah berjanji untuk membawa emak mereka ke umrah. Ada tiga perkara yang mereka akan buat iaitu akan membawa ibu mereka ke tanah suci Mekah , kedua mahu membuat rumah dan seterusnya insha Allah akan digunakan untuk persiapan perkahwinan Shaiful.
Sharif turut menafikan kisah kehidupan mereka 3 beradik dijadikan sebagai taruhan umtuk memancing penonton untuk mengundi.
Sekian sahaja celoteh untuk ini. Assalamualaikum:)