Sunday, January 17, 2016

BUKAN SOMBONG TAPI PEMALU

Hi korang! huuhu lama gila tak update. last time terpaksa buat blog sebab final assignment je. kalau tak mmg tak wujud kot acc ni. Thanks to Sir Shahrul huhu. 

Tak tahu la kenapa tetiba pula nak buat new post. huhu. dok baca blog orang je kan tetiba pulak nak meghase baca blog sendiri. eh. haha. 

Hm nampak tak tajuk atas tu BUKAN SOMBONG TAPI PEMALU macam tajuk drama melayu la pulak. hee. sapa ada perangai pemalu mcm saya? meh comment sikit eh tapi bukan sekarang la baca sampai habis dulu okay ;) 

Kita selalu kena label perempuan sombong tau sedih mak hm hmm. Mmg kita susah nak senyum tapi tak bermakna kita ni sombong hmm hee kita bukan sombong tapi pemalu sikit lagi-lagi dengan orang yang baru kita kenal dekat mana2 la. dah kita lahir begini rupa nak buat mcm mana kita tak minta pun semua tu *tetiba  (kesat hingus).


Membe2 sekolah , kolej selalu je ckp sebelum dorang kenal kita mcm2 andaian dorang buat hahah. cakap kita "minah sombong" , "poyo" and bla blaa blaa. and now bila dah rapat baru dorang tahu langit tu tinggi ke rendah. eh dah kenapa tetiba kait dengan langit pula.LOL. Hee takde la bila dengan kengkawan ramai la ckp kita ni funny la. baik (well), lemah lembut (sometimes) bila kita takde dorang rasa alone je ceh  hahahaha yeke weh? hahaja. 

Tak tahu la kenapa kalau dpt enviroment baru jd mcm susah nak tegur org dulu. #prayforatyn 
Yela minah pemalu kan mmg mcm ni, susahnya la. tapi kalau org tegur kita dulu mmg kita okay je boleh bantai gelak mcm ponti sekali. 

Okay la ni je post kita kali ni. kita tak pandai sgt nak bermadah helah ni (hi kak ziana)

bye uollss!



Monday, March 2, 2015

ELIZABETH TAN ARTIS YOUTUBE POPULAR

Hi semua! macam mana hari anda bagus???? hee haa ok la hari ni nak kongsikan cerita pasal artis youtube yang baru naik ni , cantik2 tau suara pun best! hee. I minat gila kat dorang ni hee.  Dia ni seorang gadis yang berbangsa cina yang suka buat cover lagu melayu. Lagu english pun ada juga. Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini, mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu cover Havoc, yang juga nyanyian asal Joe Flizzow.   Kalau korang dengar suara dia sebiji macam Yuna kan? Kini sudah lebih 950,000 pengguna youtube menyaksikan video cover tersebut. Selepas daripada itu ramai syarikat rakaman menawarkan beliau sebagai artis rakaman. 

Elizabeth Tan

Biar pun dia disamakan dengan penyanyi terkenal , yuna, dia juga masih mempunyai 'tone' suara yang masih boleh memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya. Hanya dengan membekalkan sebuah ukulele, Elizabeth mampu meyampaikan lagu-lagu cover dengan begitu baik. Antara kelebihan yang terdapat pada beliau adalah kefasihannya bertutur dalam bahasa melayu dengan baik walaupun beliau lama menetap di Amerika Syarikat. Daebak!! 

Elizabeth Tan Nafi Dakwaan Tiduri VIP - ROTIKAYA20150301_0792



Elizabeth Tan Nafi Dakwaan Tiduri VIP - ROTIKAYA20150301_0794


Monday, February 23, 2015

Anugerah Meletop Era 2015

Hai whats up uolls! Haa ni nak cerita la pasal anugerah meletop semalam memang meletop habis la kan rugi la siapa yang tak tengok tu hee :D 
Ni haa meh sini nak bisik. Kalau korang nak tahu Johan ( rajalawak ) dan Ayda Jebat yang ungguli meletop era pada tahun ni. Tahniah kepada mereka berdua serta juga artis-artis lain yang menang pada malam tersebut. 
Mohammad Yazid Lim atau lebih popular dikenali sebagai Johan ternyata masih berbisa dengan memenangi empat kategori di kemuncak Anugerah Meletop Era (AME) 2015. 
Ayda Jebat pula memenangi beberapa kategori yang temasuk artis baru popular di AME 2015. 
Pada tahun ini pengacara AME 2015 melibatkan Neelofa , Nabil , Jozan dan Ac Mizal. Memang pecah pertu la malam tu dengan gelagat dorang je hahah. 
anugerah meletop era
anugerah meletop era

anugerah meletop era
Antara detik yang paling awesome bila part Erra Fazira masuk pentas AME dengan superbike dia. 

anugerah meletop era
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dengan Anugerah Meletop Era 2015. Good job guys! tahniah juga diucapkan kepada semua yang telah memenangi untuk kategori-kategori di AME 2015. Sekian saja. Bye! 

anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era
anugerah meletop era

Saturday, February 14, 2015

Yana Samsudin dan Fadzil Zahari selamat bergelar suami isteri

Alhamdulillah akhirnya pasangan dua mempelai ni sudah selamat diijab kabulkan , tahniah untuk yana dan fadzil :) Mereka diijab kabulkan pada 13 Februari 2015 dan 
Majlis persepsi perkahwinan mereka dilangsungkan pada 14 Februari 2015. Ia diadakan secara besar-besaran di Dataran Gemilang, Yong Peng dan pasangan ini memilih lokasi tersebut untuk berkongsi kegembiraan dengan para peminat. 
Fadzil Zahari dan Yana Samsudin selamat bergelar suami isteri hanya sekali lafaz sahaja.
Pihak lelaki telah menyediakan lima dulang hantaran mereka manakala pihak perempuan telah membalas tujuh dulang hantaran. Pihak lelaki telah meyediakan mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000 sebagai pelengkap hantaran. 
Tahniah sekali lagi diucapkan untuk kedua mempelai ini , Yana Samsudin dan Fadzil Zahari semoga ikatan yang terbina ini sampai ke akhir hayat mereka. Insha Allah Amin:)
Di bawah ni saya ada selitkan beberapa foto mereka. enjoy yaa! 







Saturday, February 7, 2015

Zero dinobatkan juara Maharajalawak mega 2014

Menang RM500,000 Zero Mahu Bawa Emak Ke Umrah - ROTIKAYA20150207_0296




Assalamualaikum semua! Korang mesti dah tengok kan Maharajalawak musim 2014 ni , mesti dah tahu juga kan siapa yang menang kan kan ? tipu la kalau tak tahu hee. okay la ni ada serba sedikit nak cerita pasal Zero ni.
Selepas tiga minggu bertanding , gelaran juara Maharajalawak mega 2014 (MLM 2014) jadi milik kumpulan zero apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro.
Zero juga sudah berjanji untuk membawa emak mereka ke umrah. Ada tiga perkara yang mereka akan buat iaitu akan membawa ibu mereka ke tanah suci Mekah , kedua mahu membuat rumah dan seterusnya insha Allah akan digunakan untuk persiapan perkahwinan Shaiful.
Sharif turut menafikan kisah kehidupan mereka 3 beradik dijadikan sebagai taruhan umtuk memancing penonton untuk mengundi.
Sekian sahaja celoteh untuk ini. Assalamualaikum:)

Saturday, January 31, 2015

Neelofa menangis

Neelofa menangis? haa ni nak cerita ni. Baru-baru ni selebriti yang berasal dari Kelantan menjejakkan kaki ke Kuala Krai. Kesedihan memuncak apabila melihat sendiri kemusnahan akibat banjir besar yang melanda negeri kelahirannya. 
Bagi Neelofa Mohd Noor itu menjadi pengalaman paling getir yang pernha dilalui dalam hidupnya. Dia mengerti luka pedih yang dirasai oleh penduduk disana. 
Atas rasa kemanusiaan, Neelofa tidak betah duduk diam. Dia perlu melakukan sesuatu, lebih-lebih lagi kebanyakkan mangsa bencana tersebut memerlukan sokongan moral daripada semua pihak. 
Kehadiran Neelofa disitu tidak sendirian. Dia bersama-sama rakan artis lain termasuk Nabil Ahmad dan Aril Pilus pada 10 Januari yang lalu. 
“Memang selama ini saya hanya melihat kemusnahan yang berlaku di media sosial dan surat khabar sahaja. Tak sangka pula sebenarnya keadaan lebih teruk daripada itu.

“Bila sampai di sana saya jadi sebak. Bukan apa, yang saya lihat selama ini hanyalah sebahagian sahaja kemusnahan tersebut. Tapi keadaan sebenar jauh lebih dahsyat dan membuatkan saya sedih mengenangkan nasib mereka.
“Ada rumah yang dihanyutkan air dan tak kurang juga yang ditenggelami air beberapa hari. Sudah pasti mereka terpaksa memulakan semula hidup baharu memandangkan segala-galanya telah musnah,” ungkapnya sedih.
Kehadiran Neelofa ke sana adalah kerjasama antara rancangan MeleTOP, Nealofar Hijab dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa banjir.
Walaupun cuma sehari sahaja, situasi berkenaan masih berbekas di hatinya memandangkan banyak perkara yang harus difikirkan untuk membantu mereka.
Selepas hampir setahun berehat daripada bidang lakonan, ini menerbitkan rasa rindu kepada pelakon dan pengacara ini. Baginya 2014 merupakan tahun yang begitu mencabar kerana dihambat dengan beberapa cerita panas.
Mahu meninggalkan jauh-jauh kisah kurang manis itu , Neelofa mengharapkan tahun ini ada kemanisan dalam hidupnya.
Menolak awal-awal tentang jodoh, dia bertekad untuk kembali aktif dalam bidang seni terutama lakonan.
Kali terakhir dia berada di set penggambaran menerusi filem Pilot Cafe yang bakal ditayangkan Mac ini.
“Memang saya rindu nak kembali berlakon. Tapi kalau boleh saya mahu berlakon telefilem sahaja dan bukannya drama bersiri yang panjang.
“Sebelum ini pun sudah ada perbincangan dengan beberapa orang pengarah yang memberikan tawaran. Kalau jalan cerita sesuai dengan imej berhijab saya, rasanya tak ada masalah.
“Saya rasa semua pengarah pun faham dengan imej saya. Tak mungkin mereka memberikan watak yang kurang sesuai kepada wanita berhijab,” kata pengacara program MeleTOP ini lagi.
Buat masa ini tumpuan Neelofa lebih kepada bisnes kanta lekap Lofa Lens, Nealofar Hijab dan beberapa rangkaian perniagaan lain.
okay sampai sini jela cerita pasal Neelofa ni , Hope you guys enjoy it. Bye! Assalamualaikum :)

Friday, January 30, 2015

Shila Amzah berjaya sampai ke peringkat antarabangsa


Siapa tidak kenal penyanyi solo ini Nurshahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah.  Seorang Celebrity yang telah mengharumkan nama negara. Beliau juga anak kepada penyanyi terkenal iaitu ND Lala. Mesti ramai yang tak tahu kan onak duri yang di lalui oleh beliau sebelum berjaya sampai ke tahap ini hee meh kita share sikit ^^ Shila sudah lama menceburi bidang nyanyian sebelum menyertai OIAM. Pada malam Grand Finale OIAM2 , Shila diberi lagu baru yang bertajuk Memori Tercipta sebagai taruhan untuk merebut gelaran juara namun beliau tewas kepada Norayu Damit , namun mereka tetap diberi kontrak rakaman oleh Monkey Bone Records yang diketuai oleh Ahmad Izham Omar.
Rezeki Allah tu luas akhirnya Shila mendapat kemenangan di pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 yang diadakan di Pulau Pinang , dua bulan selepas OIAM di mana beliau menghadapi saingan dari penyanyi-penyanyi  luar negara. Disinilah beliau memenangi dua anugerah pertamanya sebagai artis rakaman iaitu Anugerah Emas dan Lagu Terbaik. Lihat gambar dibawah :



Dalam sejarah tahun 2012 , Shila Amzah iaitu penyanyi Malaysia layak ke peringkat akhir Asian Wave 2012 wahhhhh tak sia-sia perjuangan beliau selama ni. Penyanyi berbakat besar , Shila Amzah mencipta kejayaan dalam karier seninya apabila telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir di pertandingan Asian Wave yang berlangsung di Shanghai , China.  Pertandingan ini turut disertai oleh penyanyi-penyanyi dari Jepun , Korea , China , Thailand dan banyak lagi.
Daripada 30 orang peserta yang bertanding di peringkat awal , hanya 12 orang yang terpilih di peringkat akhir dan Shila Amzah pulang sebagai juara di Asian Wave Competition 2012,yeayyyy! Alhamdulillah :D



Lagu yang dinyanyikan oleh Shila Amzah di Asian Wave 2012 peringkat akhir :
  • Lagu Gemilang - Jaclyn Victor 
  • Lagu Grenade - Bruno Mars
  • Lagu Zheng Fu - Na Ying 

Shila Amzah telah disenaraikan sebagai calon di kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World's Best Female Artist) bersama Dato' Siti Nurhaliza & Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World's Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards. Dia akan bertanding dengan nama-nama besar dunia seperti AdeleTaylor SwiftMadonnaKelly Clarkson dan ramai lagi. Undian boleh dilakukan di laman web rasmi World Music Awards. Shila Amzah juga akan beraksi di pentas di atas jemputan pihak World Music Awards sendiri. Anugerah berprestij ini akan diadakan di MiamiFloridaAmerika Syarikat.

Pada 30 Oktober 2013, Warner Music Malaysia secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Shila Amzah Entertainment Berhad, yang beroperasi di Malaysia dan juga di Shanghai, China. Shila Amzah telah menjadi popular setelah memenangi pertandingan rancangan realiti nyanyian Asian Wave 2012, yang diadakan di Shanghai. Selain pengiktirafan ini, Shila Amzah turut dicalonkan dalam tiga kategori dalam Anugerah Muzik Dunia ("World Music Awards") 2012/2013 - World's Best Female Artist, World's Best Entertaineyer Of The Year 2013 dan World's Best LIVE Act 2013.
Album terbarunya adalah album kelimanya dan yang pertama dikeluarkan di bawah jenama Shila Amzah Entertainment Berhad. Kesemua lagu dan lirik dari album ini dikarang oleh Shila Amzah dengan tunjuk ajar dari pemuzik, pengarah, dan penggubah terkenal, Helen Yap. Kedua mereka memiliki hubungan arkab kerana Helen merupakan pemuzik profesional yang pertama mengenali bakat Shila ketika dia menyanyi dalam pertandingan yang dikelolakan oleh Radio & Television Malaysia (RTM) ketika hanya berusia lapan tahun.