
Alhamdulillah akhirnya pasangan dua mempelai ni sudah selamat diijab kabulkan , tahniah untuk yana dan fadzil :) Mereka diijab kabulkan pada 13 Februari 2015 dan
Majlis persepsi perkahwinan mereka dilangsungkan pada 14 Februari 2015. Ia diadakan secara besar-besaran di Dataran Gemilang, Yong Peng dan pasangan ini memilih lokasi tersebut untuk berkongsi kegembiraan dengan para peminat.
Fadzil Zahari dan Yana Samsudin selamat bergelar suami isteri hanya sekali lafaz sahaja.

Pihak lelaki telah menyediakan lima dulang hantaran mereka manakala pihak perempuan telah membalas tujuh dulang hantaran. Pihak lelaki telah meyediakan mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000 sebagai pelengkap hantaran.
Tahniah sekali lagi diucapkan untuk kedua mempelai ini , Yana Samsudin dan Fadzil Zahari semoga ikatan yang terbina ini sampai ke akhir hayat mereka. Insha Allah Amin:)
Di bawah ni saya ada selitkan beberapa foto mereka. enjoy yaa!






No comments:
Post a Comment