Hi semua! macam mana hari anda bagus???? hee haa ok la hari ni nak kongsikan cerita pasal artis youtube yang baru naik ni , cantik2 tau suara pun best! hee. I minat gila kat dorang ni hee. Dia ni seorang gadis yang berbangsa cina yang suka buat cover lagu melayu. Lagu english pun ada juga. Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini, mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu cover Havoc, yang juga nyanyian asal Joe Flizzow. Kalau korang dengar suara dia sebiji macam Yuna kan? Kini sudah lebih 950,000 pengguna youtube menyaksikan video cover tersebut. Selepas daripada itu ramai syarikat rakaman menawarkan beliau sebagai artis rakaman.

Biar pun dia disamakan dengan penyanyi terkenal , yuna, dia juga masih mempunyai 'tone' suara yang masih boleh memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya. Hanya dengan membekalkan sebuah ukulele, Elizabeth mampu meyampaikan lagu-lagu cover dengan begitu baik. Antara kelebihan yang terdapat pada beliau adalah kefasihannya bertutur dalam bahasa melayu dengan baik walaupun beliau lama menetap di Amerika Syarikat. Daebak!!


No comments:
Post a Comment