Saturday, January 31, 2015

Neelofa menangis

Neelofa menangis? haa ni nak cerita ni. Baru-baru ni selebriti yang berasal dari Kelantan menjejakkan kaki ke Kuala Krai. Kesedihan memuncak apabila melihat sendiri kemusnahan akibat banjir besar yang melanda negeri kelahirannya. 
Bagi Neelofa Mohd Noor itu menjadi pengalaman paling getir yang pernha dilalui dalam hidupnya. Dia mengerti luka pedih yang dirasai oleh penduduk disana. 
Atas rasa kemanusiaan, Neelofa tidak betah duduk diam. Dia perlu melakukan sesuatu, lebih-lebih lagi kebanyakkan mangsa bencana tersebut memerlukan sokongan moral daripada semua pihak. 
Kehadiran Neelofa disitu tidak sendirian. Dia bersama-sama rakan artis lain termasuk Nabil Ahmad dan Aril Pilus pada 10 Januari yang lalu. 
“Memang selama ini saya hanya melihat kemusnahan yang berlaku di media sosial dan surat khabar sahaja. Tak sangka pula sebenarnya keadaan lebih teruk daripada itu.

“Bila sampai di sana saya jadi sebak. Bukan apa, yang saya lihat selama ini hanyalah sebahagian sahaja kemusnahan tersebut. Tapi keadaan sebenar jauh lebih dahsyat dan membuatkan saya sedih mengenangkan nasib mereka.
“Ada rumah yang dihanyutkan air dan tak kurang juga yang ditenggelami air beberapa hari. Sudah pasti mereka terpaksa memulakan semula hidup baharu memandangkan segala-galanya telah musnah,” ungkapnya sedih.
Kehadiran Neelofa ke sana adalah kerjasama antara rancangan MeleTOP, Nealofar Hijab dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa banjir.
Walaupun cuma sehari sahaja, situasi berkenaan masih berbekas di hatinya memandangkan banyak perkara yang harus difikirkan untuk membantu mereka.
Selepas hampir setahun berehat daripada bidang lakonan, ini menerbitkan rasa rindu kepada pelakon dan pengacara ini. Baginya 2014 merupakan tahun yang begitu mencabar kerana dihambat dengan beberapa cerita panas.
Mahu meninggalkan jauh-jauh kisah kurang manis itu , Neelofa mengharapkan tahun ini ada kemanisan dalam hidupnya.
Menolak awal-awal tentang jodoh, dia bertekad untuk kembali aktif dalam bidang seni terutama lakonan.
Kali terakhir dia berada di set penggambaran menerusi filem Pilot Cafe yang bakal ditayangkan Mac ini.
“Memang saya rindu nak kembali berlakon. Tapi kalau boleh saya mahu berlakon telefilem sahaja dan bukannya drama bersiri yang panjang.
“Sebelum ini pun sudah ada perbincangan dengan beberapa orang pengarah yang memberikan tawaran. Kalau jalan cerita sesuai dengan imej berhijab saya, rasanya tak ada masalah.
“Saya rasa semua pengarah pun faham dengan imej saya. Tak mungkin mereka memberikan watak yang kurang sesuai kepada wanita berhijab,” kata pengacara program MeleTOP ini lagi.
Buat masa ini tumpuan Neelofa lebih kepada bisnes kanta lekap Lofa Lens, Nealofar Hijab dan beberapa rangkaian perniagaan lain.
okay sampai sini jela cerita pasal Neelofa ni , Hope you guys enjoy it. Bye! Assalamualaikum :)

Friday, January 30, 2015

Shila Amzah berjaya sampai ke peringkat antarabangsa


Siapa tidak kenal penyanyi solo ini Nurshahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah.  Seorang Celebrity yang telah mengharumkan nama negara. Beliau juga anak kepada penyanyi terkenal iaitu ND Lala. Mesti ramai yang tak tahu kan onak duri yang di lalui oleh beliau sebelum berjaya sampai ke tahap ini hee meh kita share sikit ^^ Shila sudah lama menceburi bidang nyanyian sebelum menyertai OIAM. Pada malam Grand Finale OIAM2 , Shila diberi lagu baru yang bertajuk Memori Tercipta sebagai taruhan untuk merebut gelaran juara namun beliau tewas kepada Norayu Damit , namun mereka tetap diberi kontrak rakaman oleh Monkey Bone Records yang diketuai oleh Ahmad Izham Omar.
Rezeki Allah tu luas akhirnya Shila mendapat kemenangan di pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 yang diadakan di Pulau Pinang , dua bulan selepas OIAM di mana beliau menghadapi saingan dari penyanyi-penyanyi  luar negara. Disinilah beliau memenangi dua anugerah pertamanya sebagai artis rakaman iaitu Anugerah Emas dan Lagu Terbaik. Lihat gambar dibawah :



Dalam sejarah tahun 2012 , Shila Amzah iaitu penyanyi Malaysia layak ke peringkat akhir Asian Wave 2012 wahhhhh tak sia-sia perjuangan beliau selama ni. Penyanyi berbakat besar , Shila Amzah mencipta kejayaan dalam karier seninya apabila telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir di pertandingan Asian Wave yang berlangsung di Shanghai , China.  Pertandingan ini turut disertai oleh penyanyi-penyanyi dari Jepun , Korea , China , Thailand dan banyak lagi.
Daripada 30 orang peserta yang bertanding di peringkat awal , hanya 12 orang yang terpilih di peringkat akhir dan Shila Amzah pulang sebagai juara di Asian Wave Competition 2012,yeayyyy! Alhamdulillah :D



Lagu yang dinyanyikan oleh Shila Amzah di Asian Wave 2012 peringkat akhir :
  • Lagu Gemilang - Jaclyn Victor 
  • Lagu Grenade - Bruno Mars
  • Lagu Zheng Fu - Na Ying 

Shila Amzah telah disenaraikan sebagai calon di kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World's Best Female Artist) bersama Dato' Siti Nurhaliza & Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World's Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards. Dia akan bertanding dengan nama-nama besar dunia seperti AdeleTaylor SwiftMadonnaKelly Clarkson dan ramai lagi. Undian boleh dilakukan di laman web rasmi World Music Awards. Shila Amzah juga akan beraksi di pentas di atas jemputan pihak World Music Awards sendiri. Anugerah berprestij ini akan diadakan di MiamiFloridaAmerika Syarikat.

Pada 30 Oktober 2013, Warner Music Malaysia secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Shila Amzah Entertainment Berhad, yang beroperasi di Malaysia dan juga di Shanghai, China. Shila Amzah telah menjadi popular setelah memenangi pertandingan rancangan realiti nyanyian Asian Wave 2012, yang diadakan di Shanghai. Selain pengiktirafan ini, Shila Amzah turut dicalonkan dalam tiga kategori dalam Anugerah Muzik Dunia ("World Music Awards") 2012/2013 - World's Best Female Artist, World's Best Entertaineyer Of The Year 2013 dan World's Best LIVE Act 2013.
Album terbarunya adalah album kelimanya dan yang pertama dikeluarkan di bawah jenama Shila Amzah Entertainment Berhad. Kesemua lagu dan lirik dari album ini dikarang oleh Shila Amzah dengan tunjuk ajar dari pemuzik, pengarah, dan penggubah terkenal, Helen Yap. Kedua mereka memiliki hubungan arkab kerana Helen merupakan pemuzik profesional yang pertama mengenali bakat Shila ketika dia menyanyi dalam pertandingan yang dikelolakan oleh Radio & Television Malaysia (RTM) ketika hanya berusia lapan tahun.