Rezeki Allah tu luas akhirnya Shila mendapat kemenangan di pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 yang diadakan di Pulau Pinang , dua bulan selepas OIAM di mana beliau menghadapi saingan dari penyanyi-penyanyi luar negara. Disinilah beliau memenangi dua anugerah pertamanya sebagai artis rakaman iaitu Anugerah Emas dan Lagu Terbaik. Lihat gambar dibawah :
Dalam sejarah tahun 2012 , Shila Amzah iaitu penyanyi Malaysia layak ke peringkat akhir Asian Wave 2012 wahhhhh tak sia-sia perjuangan beliau selama ni. Penyanyi berbakat besar , Shila Amzah mencipta kejayaan dalam karier seninya apabila telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir di pertandingan Asian Wave yang berlangsung di Shanghai , China. Pertandingan ini turut disertai oleh penyanyi-penyanyi dari Jepun , Korea , China , Thailand dan banyak lagi.
Daripada 30 orang peserta yang bertanding di peringkat awal , hanya 12 orang yang terpilih di peringkat akhir dan Shila Amzah pulang sebagai juara di Asian Wave Competition 2012,yeayyyy! Alhamdulillah :D
Lagu yang dinyanyikan oleh Shila Amzah di Asian Wave 2012 peringkat akhir :
- Lagu Gemilang - Jaclyn Victor
- Lagu Grenade - Bruno Mars
- Lagu Zheng Fu - Na Ying
Shila Amzah telah disenaraikan sebagai calon di kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World's Best Female Artist) bersama Dato' Siti Nurhaliza & Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World's Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards. Dia akan bertanding dengan nama-nama besar dunia seperti Adele, Taylor Swift, Madonna, Kelly Clarkson dan ramai lagi. Undian boleh dilakukan di laman web rasmi World Music Awards. Shila Amzah juga akan beraksi di pentas di atas jemputan pihak World Music Awards sendiri. Anugerah berprestij ini akan diadakan di Miami, Florida, Amerika Syarikat.
Pada 30 Oktober 2013, Warner Music Malaysia secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Shila Amzah Entertainment Berhad, yang beroperasi di Malaysia dan juga di Shanghai, China. Shila Amzah telah menjadi popular setelah memenangi pertandingan rancangan realiti nyanyian Asian Wave 2012, yang diadakan di Shanghai. Selain pengiktirafan ini, Shila Amzah turut dicalonkan dalam tiga kategori dalam Anugerah Muzik Dunia ("World Music Awards") 2012/2013 - World's Best Female Artist, World's Best Entertaineyer Of The Year 2013 dan World's Best LIVE Act 2013.
Album terbarunya adalah album kelimanya dan yang pertama dikeluarkan di bawah jenama Shila Amzah Entertainment Berhad. Kesemua lagu dan lirik dari album ini dikarang oleh Shila Amzah dengan tunjuk ajar dari pemuzik, pengarah, dan penggubah terkenal, Helen Yap. Kedua mereka memiliki hubungan arkab kerana Helen merupakan pemuzik profesional yang pertama mengenali bakat Shila ketika dia menyanyi dalam pertandingan yang dikelolakan oleh Radio & Television Malaysia (RTM) ketika hanya berusia lapan tahun.
No comments:
Post a Comment