
Neelofa menangis? haa ni nak cerita ni. Baru-baru ni selebriti yang berasal dari Kelantan menjejakkan kaki ke Kuala Krai. Kesedihan memuncak apabila melihat sendiri kemusnahan akibat banjir besar yang melanda negeri kelahirannya.
Bagi Neelofa Mohd Noor itu menjadi pengalaman paling getir yang pernha dilalui dalam hidupnya. Dia mengerti luka pedih yang dirasai oleh penduduk disana.
Atas rasa kemanusiaan, Neelofa tidak betah duduk diam. Dia perlu melakukan sesuatu, lebih-lebih lagi kebanyakkan mangsa bencana tersebut memerlukan sokongan moral daripada semua pihak.
Kehadiran Neelofa disitu tidak sendirian. Dia bersama-sama rakan artis lain termasuk Nabil Ahmad dan Aril Pilus pada 10 Januari yang lalu.

“Memang selama ini saya hanya melihat kemusnahan yang berlaku di media sosial dan surat khabar sahaja. Tak sangka pula sebenarnya keadaan lebih teruk daripada itu.
“Bila sampai di sana saya jadi sebak. Bukan apa, yang saya lihat selama ini hanyalah sebahagian sahaja kemusnahan tersebut. Tapi keadaan sebenar jauh lebih dahsyat dan membuatkan saya sedih mengenangkan nasib mereka.
“Ada rumah yang dihanyutkan air dan tak kurang juga yang ditenggelami air beberapa hari. Sudah pasti mereka terpaksa memulakan semula hidup baharu memandangkan segala-galanya telah musnah,” ungkapnya sedih.
Kehadiran Neelofa ke sana adalah kerjasama antara rancangan MeleTOP, Nealofar Hijab dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa banjir.
Walaupun cuma sehari sahaja, situasi berkenaan masih berbekas di hatinya memandangkan banyak perkara yang harus difikirkan untuk membantu mereka.

Selepas hampir setahun berehat daripada bidang lakonan, ini menerbitkan rasa rindu kepada pelakon dan pengacara ini. Baginya 2014 merupakan tahun yang begitu mencabar kerana dihambat dengan beberapa cerita panas.
Mahu meninggalkan jauh-jauh kisah kurang manis itu , Neelofa mengharapkan tahun ini ada kemanisan dalam hidupnya.
Menolak awal-awal tentang jodoh, dia bertekad untuk kembali aktif dalam bidang seni terutama lakonan.
Kali terakhir dia berada di set penggambaran menerusi filem Pilot Cafe yang bakal ditayangkan Mac ini.
“Memang saya rindu nak kembali berlakon. Tapi kalau boleh saya mahu berlakon telefilem sahaja dan bukannya drama bersiri yang panjang.
“Sebelum ini pun sudah ada perbincangan dengan beberapa orang pengarah yang memberikan tawaran. Kalau jalan cerita sesuai dengan imej berhijab saya, rasanya tak ada masalah.
“Saya rasa semua pengarah pun faham dengan imej saya. Tak mungkin mereka memberikan watak yang kurang sesuai kepada wanita berhijab,” kata pengacara program MeleTOP ini lagi.
Buat masa ini tumpuan Neelofa lebih kepada bisnes kanta lekap Lofa Lens, Nealofar Hijab dan beberapa rangkaian perniagaan lain.


okay sampai sini jela cerita pasal Neelofa ni , Hope you guys enjoy it. Bye! Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment